Ahad, 29 Ogos 2010

5 -Isme yang menyerang umat Islam kini...

  1. SEKULARISME
Ia bertujuan memisahkan kehidupan manusia dari agama. Asalnya untuk kepentingan ekonomi, sosial dan politik pemerintah tetapi mereka melihat agama adalah salah satu penghalang kepada tujuan dan kepentingan dunia mereka.

Sasaran serangan pemikiran ini ialah kepada semua umat Islam seluruh dunia. Ramai umat Islam terpengaruh dengannya lantas melihat dunia ini terbahagi dua. Islam hanya dilihat dari sudut spiritual seperti adanya pada agama2 lain. Kebenarannya Islam bukan begitu, kerana ISLAM ADALAH SUATU SISTEM KEHIDUPAN. Islam adalah sistem yang Syumul...

2. GLOBALISME

Bertujuan untuk menyebar dengan luas fahaman2 songsang agar mudah masuk ke dalam setiap kotak pemikiran umat manusia, terutamanya umat Islam. Dengan Globalisme, idea2 seperti sekularisme, nasionalisme, hedonisme, liberalisme, pluralisme dan pelbagai bentuk serangan pemikiran mudah menembusi setiap dunia dan negara umat Islam.

Sasaran serangan ialah negara2 umat Islam seperti Iraq, Afghanistan dll.

3.HEDONISME

Bertujuan menanam dalam setiap sanubari remaja muslim akan keseronokan berhibur dan hiburan adalah segala2nya dalam kehidupan ini. Kemahuan dan kecenderungan nafsu dilayan tanpa sempadan. Hasilnya, artis2 menjadi pujaan, konsert2 di mana2, iklan hiburan setiap pelusuk ruang, impian dan cita2 remaja lebih mahu menjadi glamour dan selebriti dan 1001 macam perkara buruk yang kita boleh nampak sendiri. Maka, tersebarlah pesta maksiat, zina, mabuk arak, dadah dll. Akibatnya, generasi umat Islam kian menjadi2 sehingga berlakunya keruntuhan akhlak yang melampau sebagai bukti untuk mengikut ikon mereka iaitu negara barat. Paling ketara kini ialah gejala pembuangan bayi hasil perbuatan mereka yang tidak bermoral malah mereka semakin bangga akan keadaan yang memberi impak kepada masyarakat khususnya dunia Islam.

Sasaran serangan mereka ialah remaja2 Muslim. Malah ramai golongan pemimpin dan pemerintah terpengaruh dengannya lantaran nafsu yang menjadi pemandu kepada jiwa.

4.LIBERALISME

Bertindak untuk memesongkan kefahaman Islam dalam kalangan umat Islam moden. Sikap keterbukaan melampau dan toleransi tak bersempadan ini membuatkan manusia, khususnya umat Islam berfikir hanya menggunakan lojik akal semata2. Sedangkan di dalam Islam, ia bukan terdiri dari elemen zahir semata2, malah ghaib juga. Maka, akal pemikiran tidak selalu dapat berfikir akan lojiknya sesuatu suruhan dan larangan agama. Kalam Allah mahu mereka tafsir mengikut akal loji semata2 dan hadith2 Rasulullah mahu diketepikan oleh mereka.

Sasarannya ialah para intelektual dan profesional Muslim. Disebabkan kecerdikan dan kecanggihan pemikiran, maka mahu dibawa juga Islam ini ke dalam dunia kelojikan, fakta2 dan pembuktian sains. Contohnya adalah ajaran sesat yang semakin berleluasa seperti ajaran ayah Pin yang mana dapat dilihat bahawasanya golongan terpandai lebih banyak memonopolinya kerana bagi mereka ia adalah jalan pintas untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

5.PLURALISME

Berperanan untuk menyamakan sekalian umat manusia dari sudut agama dan kepercayaan. “Semua agama sama” ialah frasa yang sering mereka canangkan. Sedangkan agama di sisi Allah hanyalah Islam!!! Kepercayaan songsang ini menyebabkan ramai dalam kalangan kita meredhai perayaan dan kepercayaan agama lain, sedangkan Islam melarangnya seperti menggabungkan segala perayaan dalam satu masa untuk disambut bersama contohnya Deepa-Raya.

Sasaran serangan ini ialah para pemimpin dan pemerintah umat Islam kerana mereka mengetahui bahawa pengaruh ketua amat besar terhadap anak2nya dan apabila ketua berjaya digenggami, maka segala perancangan mereka mudah dilaksanakan kelak.

Oleh itu,kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada tentang serangan pemikiran yang tersenarai di atas. Malah, banyak lagi sebenarnya di luar sana. Berhati2lah dengan perancangan halus mereka kerana kita harus bersatu menentangnya. Ini kerana perjuangan kebenaran tanpa perancangan, mudah dikalahkan dengan perancangan teliti walaupun ia batil. maka,marilah bersama2 berpegang kepada Islam dengan semangat yang jitu umpama kuatnya angin yang bertiup sehingga mampu menerbangkan atap bumbung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan