Ahad, 29 Ogos 2010

Ramadhan yang penuh Makrifat....

Ramadhan yang penuh makrifat,
Ramadhan ditunggu-tunggu,
Kembali menjengah hati setiap Muslim,
Memekarkan keberkatan dan kebesaran,
Yang Maha Kuasa..........

Ramadhan yang menyejukkan hatiku,
Yang melembutkan kerasku,
Yang mendamaikan gelodak rasaku,
Yang menghilangkan amarahku,
Yang menghadiahkan penghargaanku,
Buat insan-insan tersayang,
Yang menambahkan cinta kasihku,
Pada Yang Satu.........

Ramadhan Syarul Shiam,
Berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman,
Jauhkan aku daripada perkara yang dikeji,
Yang mengurangkan keberkatan,
Ya Mutakabbir........

Ramadhan Syarul Qiyam,
Malam-malammu malam terindah dalam hidup,
Malam-malam yang penuh ibadah,
Malam-malam yang penuh berkat,
lalu......

Haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi,
Tanpa sujud syukurku pada,
Ar-Rahman..............
Ar-Rahim.................
Ya Ramadhan Syarul Karim............

Malaikat mengusap muka lelaki yang takut kepada Allah s.w.t....

Rabi'ah bin Usman At-Taimi meriwayatkan bahawa dahulu kala ada seorang lelaki yang sangat suka melakukan perbuatan maksiat kepada Allah s.w.t.. Walaupun demikian, jauh di sudut hatinya lelaki tersebut mempunyai sifat ingin berubah ke arah kebaikan dan mahu bertaubat. Pada suatu hari, dia berkata kepada isterinya:"Aku ingin mencari syafaat dari ALLAH s.w.t."

Selepas berkata demikian, lelaki itu keluar menuju ke sebuah tanah lapang. Di tanah lapang itu dia telah berseru:"Wahai Tuhan yg telah menciptakan langit dan bumi, berikanlah kepadaku syafaat-MU! Wahai Tuhan yg telah menciptakan gunung-ganang, berilah kepadaku syafaat-MU! Wahai Tuhan yang telah menciptakan Malaikat, berilah kepadaku syafaat-MU!"

Akibat sudah berseru ke sana ke mari dalam waktu yang lama, akhirnya lelaki itu kehabisan tenaga dan terjatuh menyembam di atas tanah. Kepadanya telah diutus oleh Allah s.w.t. iaitu Malaikat. Maka turunlah Malaikat kepada lelaki tersebut lalu mendudukkannya serta mengusap kepalanya sambil berkata:"Berbahagialah kamu,wahai saudara...kerana sesungguhnya Allah s.w.t. telah menerima taubatmu".

Gembira bukan kepalang lelaki itu tatkala mendengar apa yang baru diberitakan kepadanya dan bertanya Lelaki itu:"Semoga kamu sentiasa mendapat rahmat dari ALLAH s.w.t. dan siapakah sebenarnya yang telah memberikan syafaat kepadaku dari ALLAH s.w.t.?"

Maka, Malaikat tersebut menjawab:"Rasa takutmu kepada ALLAH s.w.t. itulah sebenarnya yang telah memberi syafaat kepadamu".

5 -Isme yang menyerang umat Islam kini...

  1. SEKULARISME
Ia bertujuan memisahkan kehidupan manusia dari agama. Asalnya untuk kepentingan ekonomi, sosial dan politik pemerintah tetapi mereka melihat agama adalah salah satu penghalang kepada tujuan dan kepentingan dunia mereka.

Sasaran serangan pemikiran ini ialah kepada semua umat Islam seluruh dunia. Ramai umat Islam terpengaruh dengannya lantas melihat dunia ini terbahagi dua. Islam hanya dilihat dari sudut spiritual seperti adanya pada agama2 lain. Kebenarannya Islam bukan begitu, kerana ISLAM ADALAH SUATU SISTEM KEHIDUPAN. Islam adalah sistem yang Syumul...

2. GLOBALISME

Bertujuan untuk menyebar dengan luas fahaman2 songsang agar mudah masuk ke dalam setiap kotak pemikiran umat manusia, terutamanya umat Islam. Dengan Globalisme, idea2 seperti sekularisme, nasionalisme, hedonisme, liberalisme, pluralisme dan pelbagai bentuk serangan pemikiran mudah menembusi setiap dunia dan negara umat Islam.

Sasaran serangan ialah negara2 umat Islam seperti Iraq, Afghanistan dll.

3.HEDONISME

Bertujuan menanam dalam setiap sanubari remaja muslim akan keseronokan berhibur dan hiburan adalah segala2nya dalam kehidupan ini. Kemahuan dan kecenderungan nafsu dilayan tanpa sempadan. Hasilnya, artis2 menjadi pujaan, konsert2 di mana2, iklan hiburan setiap pelusuk ruang, impian dan cita2 remaja lebih mahu menjadi glamour dan selebriti dan 1001 macam perkara buruk yang kita boleh nampak sendiri. Maka, tersebarlah pesta maksiat, zina, mabuk arak, dadah dll. Akibatnya, generasi umat Islam kian menjadi2 sehingga berlakunya keruntuhan akhlak yang melampau sebagai bukti untuk mengikut ikon mereka iaitu negara barat. Paling ketara kini ialah gejala pembuangan bayi hasil perbuatan mereka yang tidak bermoral malah mereka semakin bangga akan keadaan yang memberi impak kepada masyarakat khususnya dunia Islam.

Sasaran serangan mereka ialah remaja2 Muslim. Malah ramai golongan pemimpin dan pemerintah terpengaruh dengannya lantaran nafsu yang menjadi pemandu kepada jiwa.

4.LIBERALISME

Bertindak untuk memesongkan kefahaman Islam dalam kalangan umat Islam moden. Sikap keterbukaan melampau dan toleransi tak bersempadan ini membuatkan manusia, khususnya umat Islam berfikir hanya menggunakan lojik akal semata2. Sedangkan di dalam Islam, ia bukan terdiri dari elemen zahir semata2, malah ghaib juga. Maka, akal pemikiran tidak selalu dapat berfikir akan lojiknya sesuatu suruhan dan larangan agama. Kalam Allah mahu mereka tafsir mengikut akal loji semata2 dan hadith2 Rasulullah mahu diketepikan oleh mereka.

Sasarannya ialah para intelektual dan profesional Muslim. Disebabkan kecerdikan dan kecanggihan pemikiran, maka mahu dibawa juga Islam ini ke dalam dunia kelojikan, fakta2 dan pembuktian sains. Contohnya adalah ajaran sesat yang semakin berleluasa seperti ajaran ayah Pin yang mana dapat dilihat bahawasanya golongan terpandai lebih banyak memonopolinya kerana bagi mereka ia adalah jalan pintas untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

5.PLURALISME

Berperanan untuk menyamakan sekalian umat manusia dari sudut agama dan kepercayaan. “Semua agama sama” ialah frasa yang sering mereka canangkan. Sedangkan agama di sisi Allah hanyalah Islam!!! Kepercayaan songsang ini menyebabkan ramai dalam kalangan kita meredhai perayaan dan kepercayaan agama lain, sedangkan Islam melarangnya seperti menggabungkan segala perayaan dalam satu masa untuk disambut bersama contohnya Deepa-Raya.

Sasaran serangan ini ialah para pemimpin dan pemerintah umat Islam kerana mereka mengetahui bahawa pengaruh ketua amat besar terhadap anak2nya dan apabila ketua berjaya digenggami, maka segala perancangan mereka mudah dilaksanakan kelak.

Oleh itu,kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada tentang serangan pemikiran yang tersenarai di atas. Malah, banyak lagi sebenarnya di luar sana. Berhati2lah dengan perancangan halus mereka kerana kita harus bersatu menentangnya. Ini kerana perjuangan kebenaran tanpa perancangan, mudah dikalahkan dengan perancangan teliti walaupun ia batil. maka,marilah bersama2 berpegang kepada Islam dengan semangat yang jitu umpama kuatnya angin yang bertiup sehingga mampu menerbangkan atap bumbung...

Tazkirah Ramadhan....

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w., baginda telah bersabda yang bermaksud:

 Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy.
 Barangsiapa yang memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah.
 Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah saw) menjaminnya di dalam syurga.
 Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah.
 Barangsiapa yang menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah akan menolongnya seribu keperluannya di Hari Kiamat kelak.


Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut:
  • Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syarak.
  • Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain.
  • Menahan telinga daripada mendengar sesuatu yang dibenci seperti nyanyian yang melalaikan.
  • Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah seperti produk Yahudi dan sekutunya.
  • Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.

Kalimah Cinta....

Cinta itu cahaya sanubari,

Kurniaan Tuhan fitrah insani,

Dan di mana terciptanya Cinta,

Di situ rindu bermula……

Cinta itu tidak pernah meminta,

Tetapi memberi sepenuh rela,

Rasa bahagia biarpun sengsara,

Berkorban segala-galanya…..

Semua kerana Cinta,

Yang pahit manis dirasa,

Penghibur nestapa,

Merawat duka,

Damai dijiwa……

Terpadam api benci permusuhan,

Terjalinlah kasih sayang,

Begitulah Cinta yang diidamkan,

Tanpa nafsu yang mencemarkan……

Dan jangan pula kerana berCinta,

Kita pun leka entah ke mana,

Dan jangan pula kerana berCinta,

Tergadai semua maruah agama…….

Pendakwah Bukan Penghukum….

“Ayah, tengok tue…itu fakulti kak Long, tempat kak Long belajar….depan tue pulak, perpustakaan yang boleh dikatakan sebagai perpustakaan yang paling besar sekali di Asia, perpustakaan Tun Seri Lanang”, tunjuk si anak pada ayahnya yang kelihatan terjengah-jengah ke luar tingkap melihat apa yang diperkatakan oleh anaknya itu.

“Nie tempat apa pulak, kak Long?”, tanya si ayah yang terpinga-pinga melihat bangunan di sebelah kiri dan kanannya.

“Oh…itu Kolej Ibrahim Yaakob atau dikenali juga dalam kalangan student UKM sebagai Kolej Highlander”, tunjuk si anak di sebelah kirinya. “ Nie pulak, Kolej Ungku Omar”, kata si anak merujuk di sebelah kanannya kepada si ayah.

“Ayah minta maaf, kak Long…ayah malu pulak biler kak long tunjukkan semua tempat nie pada ayah yang mana ayah sendiri tak pernah jejakkan kaki kat tempat nie”, kata si ayah.

“Apa ayah nie…kak Long faham, ayah…kak Long tahu kita bukan orang senang dan kak Long tak pernah jadikan alasan nie sebagai penghalang kepada kak Long untuk membawa keluarga kita kepada kehidupan yang lebih selesa. Kak Long tak pernah malu dengan keluarga kita apatah lagi pekerjaan ayah sebagai penoreh getah malah kak Long bangga sangat mempunyai seorang ayah yang sentiasa memberi kasih sayang, semangat dan nasihat dalam membesarkan kak Long dan adik-adik. Kerana ayah jugalah kak Long mampu berdikari menjalani hidup sebagai mahasiswa sehingga berjaya”, tutur si anak lembut sambil mengelap butiran permata yang mengalir di pipi kedut si ayah.

“Ayah tahu, kali pertama kak Long menjejakkan kaki di bumi UKM nie, kak Long baru terasa betapa kak Long merupakan harapan yang tinggi kepada ayah dan adik-adik apatah lagi biler kak Long melihat kawan-kawan di sekeliling kak Long datang bersama kaum keluarga sedangkan kak Long…kak Long datang bertemankan beg-beg pakaian tanpa ayah dan adik-adik. Waktu itulah kak Long nekad untuk belajar bersungguh-sungguh supaya kak long dapat memberi sinar kepada keluarga kita dan yang paling penting, kak Long nak balas jasa ibu dan ayah yang telah banyak berkorban untuk kami adik beradik walaupun ibu telah pergi meninggalkan kita semua hampir 8 tahun yang lalu”, ujar si anak yang kelihatan senyum di samping si ayah yang sudah mengangguk-anguk kepala sambil membelai kepala si anak.

“Kak Long, terima kasih nak… ayah bangga dengan kak Long. Ayah harap kak Long mampu menjadi contoh kepada adik-adik yang lain”, kata si ayah kepada anaknya sambil mengesat peluput mata anaknya dari terus mengalirkan air matanya.

Aku yang berada dibelakang keluarga ini turut mengalirkan air mata tatkala setiap butir bicara mereka tanpa disengajakan telah kudengari. Mulanya pandanganku tidak terhala kepada mereka tetapi seperti ada sesuatu yang menarik pandangan mataku untuk terpaku pada adegan pasangan si ayah dan anaknya yang mana si anak tanpa jemu menunjukkan segala apa yang ada di UKM ini kepada ayahnya bermula ketika aku menaiki bas UKM dari hentian Komuter sehingga melepasi pintu masuk UKM. Asalnya aku mahu turun di kolejku iaitu Kolej Aminuddin Baki namun niatku tidak menjadi kerana aku merasakan ada sesuatu yang membawa aku untuk terus bersama-sama mencari makna apa yang dipertontonkan di hadapanku ini.

Dari satu tempat ke satu tempat ditunjuk oleh si anak kepada ayahnya yang adakalanya si ayah seperti mengesat matanya yang digenangi air mata. Hatiku begitu tersentuh melihat adegan pasangan ini. Setiap apa yang diperkatakan oleh mereka membuatkan hatiku sebak bahkan rindu…rindu kepada ibubapaku serta adik-beradikku yang menjadi kekuatanku untuk terus hidup tanpa mereka disisiku ketika aku terlantar keseorangan di menara gading ini.

Tiba-tiba, mataku tertancap pada pintu bas yang sedang terbuka…barulah aku sedar bahawa aku kini sudah berada di perhentian terakhir bas iaitu Kolej Pendeta Zaaba. Kelihatan pasangan anak dan ayah itu turut bersama penumpang lain untuk turun…mungkin ini destinasi mereka sedangkan aku…telah terbabas dek mengejar perasaan akan babak yang sedang aku pertontonkan.

Waktu ingin menuruni pintu bas, mataku sekali lagi berair bukan kerana habuk ditingkap tetapi hatiku menjadi sayu tatkala melihat si anak memapah ayahnya yang berjalan tempang untuk bangun menuruni tangga bas berkenaan. Aku yang melihat akan mereka tidak menduga bahawa si ayah yang tersenyum ketika bertanya itu ini kepada anaknya adalah salah seorang insan yang tabah menjalani kehidupan dengan mensyukuri setiap kekurangan dirinya itu. Di bahu kiri si anak pula dapat kulihat beberapa jambak bunga ros beserta teddy bear yang diletakkan di dalam sebuah beg kertas yang tertulis besar Majlis Pesta Konvokesyen UKM Ke-38.

Dari satu tangga ke satu tangga si ayah turun ditemani si anak. Aku yang sekadar menjadi pemerhati mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana aku diberi kesempatan untuk melihat keadaan ini. Bagiku, apa yang aku lihat dan dengar sebenarnya telah membuka mata hatiku untuk bersyukur atas apa yang telah kumiliki kerana ada lagi insan yang lebih tabah menghadapi kehidupan yang serba kekurangan baik dari sudut material mahupun perasaan hati.

Akhirnya, pasangan tersebut selamat sampai ke anak tangga terakhir dan aku….aku juga turut bersama mereka diperhentian tersebut sehingga mereka hilang dari pandanganku. Tika sejenak, apa yang dapat aku simpulkan mengenai pasangan ini ialah mungkin si anak yang begitu tabah dan bersemangat tinggi dalam mencapai cita-citanya untuk mengubah kehidupan mereka sekeluarga begitu gembira kerana akhirnya dia dengan bangganya dapat menghabiskan pengajiannya. Manakala si ayah yang sentiasa tersenyum mungkin sangat berbangga akan anaknya kerana dalam hidup yang serba kekurangan dia mampu tersenyum bangga akan kejayaan yang dinikmati oleh anaknya.

Sesungguhnya, apa yang aku pelajari daripada keluarga ini amat beerti buatku kerana di samping melihat kemesraan antara ayah dan anak, ia juga membawa aku untuk bersyukur dengan segala apa yang telah aku nikmati selama ini. Ia sangat bertepatan dengan Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud;

Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)”

Akhir kalam…apa yang dapat aku katakan adalah pengorbanan si ayah terhadap keluarganya amat besar dan ini membuatkan diriku amat bersyukur dan berterima kasih khasnya buat abah dan mak yang banyak memberi didikan serta tunjuk ajar dalam kami meniti arus kehidupan ini. Juga apa yang dapat aku titipkan….aku berbangga dengan si anak terhadap keluarganya yang bersemangat jitu serta tabah menempuhi segala onak untuk mencapai kejayaan dan aku berharap agar diriku juga sepertinya yang dapat menggembirakan keluargaku kelak…amin!!!

“Ya Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua ibubapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”

Isnin, 23 Ogos 2010

Al-Quran sebagai Pembela di Hari Akhirat


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."